BFM telah dijemput oleh Warner Bros. Malaysia untuk menonton screening filem Joker pada 27 september 2019 secara percuma dalam format IMAX di TGV Central i-City - 1 minggu awal dari general release.
Sebagai ahli berbayar BFM, Premium Members secara eksklusivenya telah dijemput ke tontonan ini. Filem screening ini adalah salah satu benefit apabila mereka berdaftar menjadi BFM Premium Member: https://batmanfansmalaysia.blogspot.com/2019/10/batman-fans-malaysia-premium-members.html
Dijemput ke tontonan ini juga ahli-ahli BFM yang memasuki pertandingan Joker Photo Contest yang dijalankan di dalam Facebook page BFM hari sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang aktif dengan aktiviti yang kami jalankan.
Berikut adalah jadual screening tersebut:
7:00 pm: Kehadiran Jemputan
7:00 - 7:45 pm: Pendaftaran
8:00 pm: Dinner Served + Special Joker-inspired Exhibition
9:00 pm: IMAX Movie Screening of the movie
Selain dari filem screening, team BFM juga ada mempamerkan sejumlah koleksi Joker dari berbagai era & jenis. Salah satu item "rare" yang dipamerkan ialah tandatangan asli oleh mendiang Heath Ledger (pelakon Joker dalam filem The Dark Knight).
Kami dari pihak BFM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Warner Bros Malaysia & TGV Cinemas kerana memberi peluang kepada kami untuk hadir ke filem screening ini.
Razman Shah
Presiden & mewakili ahli AJK BFM
Presiden & mewakili ahli AJK BFM







































No comments:
Post a Comment