Search This Blog

Saturday, 1 July 2023

New Lineup for BFM committee member

Salam & hi semua,

Adalah dimaklumkan bermula 1 Julai 2023, tampuk pimpinan kelab Batman Fans Malaysia (BFM) akan bertukar tangan dan dipimpin oleh senarai AJK yang baru. Berikut adalah senarai AJK kelab untuk penggal 2023-2025:

President : -

Vice President :-

Secretary :-

Deputy Secretary :-

Admin Head :-

Treasurer :-

Admins :-
Dengan ini, saya sebagai Presiden kelab dari penggal Feb 2019 - Jun 2023 ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dari pelbagai pihak seperti Warner Bros Pictures, TGV Cinemas, GSCinemas, Pacific Licensing Studio, Caltex Malaysia, Pos Malaysia, Gilaposter KL, WHB Distributors, DC Sport Malaysia & banyak lagi dalam kami menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang kami memimpin kelab ini. Mereka telah banyak memberi kerjasama kepada pihak kelab seperti pemberian tiket wayang percuma, hadiah kuiz / aktiviti dan barangan untuk di review. Kami sebagai AJK sangat berterima kasih kepada mereka.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang tempoh di atas. Tanpa anda semua, kelab ini tidak akan berkembang dari 16 orang pada tahun 2015 hingga 4,100 orang pada tahun 2023. Anda memang BATMAN FANS & jangan lupa memberi sokongan yang sama juga kepada pasukan AJK yang baru kerana mereka sangat memerlukan anda - Ingatlah, aktiviti tidak dapat dijalankan jika tiada penyertaan...

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan tahniah & jutaan terima kasih kepada pasukan AJK saya kerana merekalah yang telah banyak memerah idea selain menghabiskan masa yang terluang untuk mengembangkan kelab ini. Tanpa mereka, kelab ini tidak akan berada di tempatnya yang sekarang. Terima kasih pada anda semua - Disertakan juga dua gambar AGM yang telah dijalankan sebelum ini & 1 gambar AJK (pasukan 2020) untuk tatapan anda...

Sekian, terima kasih &…. LONG LIVE THE BAT!!!
President (Feb 2019 - Jun 2023)
Batman Fans Malaysia

The Flash movie Premiere

THE FLASH MOVIE PREMIERE ON 13 JUNE 2023 @ AT PAVILLION BUKIT JALIL


Kami juga ada mengadakan peraduan di mana seorang pemenang telah dipilih untuk menonton filem The Flash bersama-sama dengan ahli-ahli Premium BFM:


Batman Fans Malaysia Activities in 2022

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab Batman Fans Malaysia (BFM) sepanjang tahun 2022: 


1) PHOTO CONTEST – BATMAN THE ANIMATED+MALAYSIA DAY



Para pemenang dengan hadiah-hadiah yang dimenangi oleh mereka:

 



2) THE BATMAN MOVIE PREMIERE AND DISPLAYS BY BFM CLUB ON 1 MARCH 2022 @ SUNWAY PYRAMID






3) THE LEAGUE OF SUPERPETS MOVIE PREMIERE ON 26 JULY 2022 @ STARLING MALL




4) BLACK ADAM MOVIE PREMIERE ON 19 OCTOBER 2022 @ SUNWAY VELOCITY MALL




5) THE WORLD OF DC EXHIBITION GROUP VISIT ON 24 DECEMBER 2022 @ TROPICANA GARDENS MALL

Saturday, 1 January 2022

Happy New Year 2022


Happy New Year to all Batman fans around the world!!!

🦇🦇🦇🦇🦇

Friday, 19 November 2021

Saturday, 16 October 2021

Bat-Tech Contests Prize Giving Ceremony










Tahniah kepada para pemenang Bat-Tech Contests yang berlangsung dari 10 September - 8 Oktober 2021.

Terima kasih kepada pihak Gila Poster KL & WHB Distributors dengan tajaan hadiah-hadiah mereka.

Jangan lupa untuk "Like & Subscribe" Youtube Channel BFM!!!

Follow / join our social media platforms:

-----

Kredit kepada Warner Bros. untuk klip dari filem-filem Batman.