Search This Blog

Tuesday, 15 October 2019

BATMAN FANS MALAYSIA (PREMIUM MEMBERS)


Adalah dimaklumkan bahawa dengan yuran pendaftaran sebanyak RM 20.00, anda kini boleh menjadi ahli rasmi Batman Fans Malaysia (BFM) dan akan digelar sebagai “PREMIUM MEMBERS”.

a) Kenapa menjadi ahli “PREMIUM MEMBERS”?
1. Setiap ahli akan diberikan kad ahli oleh pihak BFM dengan no. rasmi ahli (kad ahli adalah sah sehingga Disember setiap tahun dan boleh diperbaharui dengan yuran RM 10.00 pada Oktober / November pada tahun tersebut).
2. Percuma barangan BFM untuk pendaftaran baru (selagi stok masih ada).
3. Diskaun terhadap barangan yang dijual oleh kelab BFM.
4. Diskaun terhadap barangan yang dijual oleh Admins BFM (jika ada).
5. Anda juga akan secara otomatik dijemput sebagai ahli dalam page Batman Fans Malaysia (BFM) Premium Members: https://www.facebook.com/groups/bfmpremium/
6. Diskaun makanan dikedai-kedai terpilih:
i. Mancave Cafe: https://batmanfansmalaysia.blogspot.com/2019/10/batman-fans-malaysia-special-privileges.html
7. Tontonan filem (tayangan perdana) – Contoh tayangan filem perdana yang pernah BFM terlibat: 
i. https://batmanfansmalaysia.blogspot.com/2019/10/batmatn-fans-malaysia-joker-movie.html
ii. https://batmanfansmalaysia.blogspot.com/2020/02/bfm-birds-of-prey-movie-screening.html
8. 1. Diskaun dari kedai-kedai yang berkenaan dengan DC Comics: https://batmanfansmalaysia.blogspot.com/2020/04/bfm-x-dc-sport-malaysia.html


b) Di masa hadapan, ahli-ahli yang berdaftar juga akan mendapat (masih diusahakan pada masa kini) kelebihan dari segi:

1. Diskaun dari kedai alat permainan – masih diusahakan.

c) Nota:
1. Kelebihan-kelebihan di atas tidak diberikan kepada ahli yang bukan “Premium Members” iaitu “normal members” / page ini.
2. Kelebihan di atas akan diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.
3. Kad / keahlian tahun 2019 hanya sah sehingga Disember 2019. Begitu juga dengan kad / keahlian pada tahun-tahun berikutnya. NOTA: Untuk tahun 2019 sebagai tanda penghargaan, keahlian hanya akan tamat pada 2020.
4. Gambar ialah contoh kad admins BFM.


Sila berhubung dengan Setiausaha BFM iaitu En. Khairil Afi Adnan  untuk tujuan mendapatkan borang pendaftaran atau apa-apa soalan tentang pendaftaran.
Terima kasih.
Admins BFM.

No comments:

Post a Comment